PicMage

Mei 27, 2007

PicMage merupakan satu lagi laman web yang menawarkan servis image hosting secara percuma. Ia dibangunkan menggunakan salah satu framework PHP iaitu CodeIgnitor. Anda boleh memuatnaik gambar anda ke laman web tersebut dan anda akan diberikan script untuk membuat link ke gambar tersebut sama ada di mana2 forum, ebay, blog, myspace atau membuat short url ke gambar tersebut.

Berikut adalah contoh gambar yang saya letakkan di PicMage:

Free Image Hosting at picmage


Apa yang dimaksudkan dengan kebebasan kewangan atau dalam bahasa orang putihnya financial freedom? Jika satu hari kita berjalan-jalan di salah sebuah kompleks membeli belah dan tiba2 kita teringin sangat memiliki sebuah home theatre berharga rm5k yang dipamerkan di salah sebuah kedai di situ..

Adakah kita akan?

  1. Bertanya kepada penjual di kedai tersebut sama ada kita boleh membeli home theatre berkenaan secara ansuran, atau kad kredit (sambil berkata di dalam hati.. alamak hutang kad kredit masih banyak tertunggak ni dah nak tambah lagi hutang baru)  atau;
  2. Terus membeli dengan tunai (ada ke orang yang membawa cash sebanyak itu) atau dengan kad kredit sambil tersenyum tanpa risau memikirkan hutang kerana wang kita sentiasa ada di dalam bank.

Fikir2kan lah..

Jadi, bagaimanakah caranya untuk kita mengecap kebebasan kewangan? Ada banyak jalan, ada banyak cara. Bergantung kepada setiap individu. Ada yang berusaha keras berniaga bermacam-macam jenis produk, membuat kerja2 sampingan, atau membuat kerja2 haram, atau belajar terlebih dahulu daripada pakar2 yang telah berjaya, dan sebagainya.

Bagi diri saya, sedikit demi sedikit saya mula berminat dengan unit trust. Saya cuba mempelajari apakah dia unit trust. Dan layakkah jika saya menjadi unit trust consultant?

Maxthon 2.0

Mei 25, 2007

Maxthon adalah browser yang saya rasa paling ringan berbanding browser lain. Sekarang terdapat versi beta yang amat menarik dari segi layout dan tools yang disediakan di dalamnya.

Tak salah jika kita mencuba..

http://beta.maxthon.com/

Framework

Mei 24, 2007

Sebelum ini saya sering menggunakan Fusebox 4.1 sebagai framework untuk membangunkan sesebuah aplikasi laman web. Tidak kira sama ada saya menggunakan bahasa pengaturcaraan PHP atau ColdFusion. Namun setelah membuat kira-kira, saya perlu melangkah setapak lagi iaitu dengan mempelajari sesuatu yang baru bagi diri saya.

Saya pernah membuat sedikit pemerhatian ke atas beberapa framework yang ada dan boleh didapati dengan mudah di internet seperti Fusebox (CF & PHP), Symfony (PHP), CakePHP, Zend (PHP), Prado (PHP), Model-Glue(CF), Mach-II (CF & PHP) dan pelbagai  lagi. Saya tidak sempat menguji kesemuanya tetapi hanya sekadar membaca penerangan tentang setiap framework tersebut.

Hari ini saya telah terbaca satu artikel di sebuah laman web yang membezakan antara Fusebox 4.1 dengan Mach-II. Apa yang saya dapat simpulkan ialah Mach-II sesuai bagi pengaturcara yang mahir dengan Object Oriented Programming (OOP) manakala Fusebox 4.1 lebih kepada teknik pengaturcaraan yang biasa atau procedural programming. Namun jika seorang pengaturcara ingin menggunakan teknik OOP di dalam Fusebox 4.1 adalah tidak menjadi masalah kerana framework tersebut sememangnya membenarkan pengaturcara menggunakan teknik OOP.

Beberapa hari yang lepas saya telah cuba mempelajari CakePHP iaitu sebuah framework yang stabil dan semakin popular. Apa yang saya perolehi? Memang menakjubkan. CakePHP merupakan sebuah framework MVC design  pattern yang dapat menjimatkan masa pembangunan sesebuah aplikasi laman web dengan syarat, kita perlu terlebih dahulu memahami framework tersebut.

Jadi, saya bercadang memilih CakePHP sebagai framework bagi projek PHP yang akan saya bangunkan kelak manakala berkemungkinan besar saya akan memilih Mach-II bagi projek ColdFusion.

Membuka 4 Jendela

Mei 22, 2007

Dulu, seorang sahabat telah berkongsi sesuatu kepada saya, apabila dua orang insan bertemu dan ingin memulakan persahabatan, maka mereka berdua masing2 akan membuka jendela demi jendela mengikut turutan sehingga 4 jendela. Saya tidak pasti jendela kedua hinga yang keempat kerana sahabat saya itu juga tidak mengingati apakah jendela tersebut. Tetapi apa yang pasti, jendela pertama yang harus dibuka ialah jendela yang bakal membuka rahsia siapakah diri kita secara asas.

Apabila kita berkenalan dengan seseorang, maklumat pertama yang pastinya kita ingin tahu ialah “siapakah nama anda?”, “di mana anda tinggal?” atau “apakah pekerjaan anda?” dan sebagainya. Inilah yang dinamakan jendela pertama di mana maklumat tentang diri seseorang diperkenalkan kepada seorang yang lain. Di dalam perniagaan, inilah satu2nya rahsia yang paling asas apabila kita hendak berurusan dengan prospek kita dengan terlebih dahulu memperkenalkan siapakah diri kita yang sebenarnya. Mengapa? Kerana maklumat tersebutlah yang dapat meningkatkan keyakinan kepada bakal pelanggan dan meluaskan skop pemasaran kita.

Saya akan cuba mencari maksud 3 lagi jendela yang harus dibuka yang belum sempat sahabat saya itu ceritakan kepada saya.