Membuka 4 Jendela

Mei 22, 2007

Dulu, seorang sahabat telah berkongsi sesuatu kepada saya, apabila dua orang insan bertemu dan ingin memulakan persahabatan, maka mereka berdua masing2 akan membuka jendela demi jendela mengikut turutan sehingga 4 jendela. Saya tidak pasti jendela kedua hinga yang keempat kerana sahabat saya itu juga tidak mengingati apakah jendela tersebut. Tetapi apa yang pasti, jendela pertama yang harus dibuka ialah jendela yang bakal membuka rahsia siapakah diri kita secara asas.

Apabila kita berkenalan dengan seseorang, maklumat pertama yang pastinya kita ingin tahu ialah “siapakah nama anda?”, “di mana anda tinggal?” atau “apakah pekerjaan anda?” dan sebagainya. Inilah yang dinamakan jendela pertama di mana maklumat tentang diri seseorang diperkenalkan kepada seorang yang lain. Di dalam perniagaan, inilah satu2nya rahsia yang paling asas apabila kita hendak berurusan dengan prospek kita dengan terlebih dahulu memperkenalkan siapakah diri kita yang sebenarnya. Mengapa? Kerana maklumat tersebutlah yang dapat meningkatkan keyakinan kepada bakal pelanggan dan meluaskan skop pemasaran kita.

Saya akan cuba mencari maksud 3 lagi jendela yang harus dibuka yang belum sempat sahabat saya itu ceritakan kepada saya.

Tinggalkan jawapan