kereta satria saya tidak dapat dijual buat masa ini, walau bagaimanapun saya telah gantikan dengan kelisa 1.0 (m) dan telah ada pembelinya. malahan pula harga satria tersebut jika di’tolak’ ke used car begitu rendah malah menyebabkan saya rugi banyak. fuh! pasaran kereta terpakai memang sedang lembap ketika ini.

dilema.

beberapa bulan lepas amat sukar saya mendapatkan pekerjaan baru. mungkin belum ada rezeki masa tu. hari ini sahaja saya mendapat 2 tawaran kerja di kl (confirm dapat)  dan satu panggilan interview di pasir gudang.

kedua-dua kerja tersebut adalah dari syarikat yang pernah saya berkhidmat untuk mereka sebagai programmer. buat masa ini, saya sedang melakukan kerja ‘main-main’ di batu pahat. jadi, apakah pilihan saya?