kereta satria saya tidak dapat dijual buat masa ini, walau bagaimanapun saya telah gantikan dengan kelisa 1.0 (m) dan telah ada pembelinya. malahan pula harga satria tersebut jika di’tolak’ ke used car begitu rendah malah menyebabkan saya rugi banyak. fuh! pasaran kereta terpakai memang sedang lembap ketika ini.

dilema.

beberapa bulan lepas amat sukar saya mendapatkan pekerjaan baru. mungkin belum ada rezeki masa tu. hari ini sahaja saya mendapat 2 tawaran kerja di kl (confirm dapat)  dan satu panggilan interview di pasir gudang.

kedua-dua kerja tersebut adalah dari syarikat yang pernah saya berkhidmat untuk mereka sebagai programmer. buat masa ini, saya sedang melakukan kerja ‘main-main’ di batu pahat. jadi, apakah pilihan saya?

2 Respons kepada “dilema dan pasaran kereta terpakai”

  1. hafiz Berkata:

    abg tggal kat maner??
    kalo area kl..better plih kejer kat KL jer..lgpun programmer kan..mantap tu bang..sy umo 20thn..kelisa tu abg beli ke abg jual??
    xfhm sgt abg tulis..

  2. fikir2 Berkata:

    x yah faham pun takper..
    hahaha..
    saya ada satria, wife ada kelisa..
    cadang nak jual satria, tapi ada orang nak beli kelisa.. so? jual la kelisa tuh.


Tinggalkan jawapan