Salam aidilfitri”
Oktober 10, 2007
#include <iostream>
main() {
char ucapan;
ucapan = ‘Salam aidilfitri..’;
cout << ucapan;
return 0;
}
mencari powerbuilder
Ogos 2, 2007
saya sedang mencari tempat atau siapa2 yang boleh memberi training untuk powerbuilder..
tahap pertengahan (intermediate) tidak kira di mana asalkan dalam semenanjung malaysia.
masih berjaga
Julai 31, 2007
..baru pulang dari menjelajah kilang.
domain aku pun dah selesai.. terima kasih kepada provider.
dan masa untuk aku balik.. ke rumah, untuk tidur.
2.16 am, 1 ogos 2007.
domain baru
Julai 31, 2007
aku masih ternanti-nanti..
bila domain baru aku nak siap?
biasanya selepas aku membuat bayaran dan sahkan dengan provider..
aku akan mendapat emel menyatakan akaun aku telah di ’setup’.
tapi dengan provider yang satu nih..
aku rasa macam servis diorang ni lembap sangat.
adakah sebab harganya rendah..
jadi ikut suka hati diorang (provider) la nak setup cepat ke lambat..?
aku masih lagi menunggu domain baru aku.. dengan sabar.
www.rusmaini.com
jaga malam
Julai 31, 2007
hari ini,
giliran aku duty (tugas harian untuk jaga server)..
sampai lewat malam,
tapi, bertuahnya aku bila kawan2 satu ofis tumpang sekaki hahaha..
esok, waktu diorang duty, aku balik tidur hehehe..
bos aku ni pulak (orang korea), kalau dia kata hitam, hitam lah.
jangan kau bagi alasan untuk memutihkan apa2.
malam ini, diorang (developer korea) convert-backup-restore data
untuk sistem baru
jadi, semua staf edp dipaksa rela untuk berkampung.. ntah sampai pukul berapa.
untuk standby.. katanya.
siren kantin dah berbunyi, tanda detik jam 12..
rasa macam waktu rehat tengahari je..
hahaha.. satu edp gelak
bukan tengahari, tapi tengah malam.
takpe, setidak2nya aku ada pengalaman
bekerja dengan orang yang susah kita nak jumpa di malaysia ni.
masa
Julai 26, 2007
“aku perlukan sedikit masa. masa untuk membuat sedikit kerja2 part time.”
Drift lagi
Julai 17, 2007
satu lagi video drfit dari batu pahat..
Drift
Julai 16, 2007
saya berkesempatan melihat sedikit aksi drift di bp mall, batu pahat pada bulan jun yang lepas.. dan ini apa yang dapat saya rakamkan..
hari ke 2
Julai 3, 2007
hari ini masuk hari ke 2 saya bertugas di pasir gudang dengan salah sebuah syarikat milik korea. dilema saya terjawab buat masa ini. walaupun ia dimiliki oleh orang2 bermata sepet, namun masih ramai staf yang terdiri daripada orang2 yang berkulit sawo matang dan dalam group IT ini kesemuanya adalah melayu kecuali leadernya yang memang berasal dari korea. bagaimana bekerja dengan orang2 korea ni agaknya?
dilema dan pasaran kereta terpakai
Jun 5, 2007
kereta satria saya tidak dapat dijual buat masa ini, walau bagaimanapun saya telah gantikan dengan kelisa 1.0 (m) dan telah ada pembelinya. malahan pula harga satria tersebut jika di’tolak’ ke used car begitu rendah malah menyebabkan saya rugi banyak. fuh! pasaran kereta terpakai memang sedang lembap ketika ini.
dilema.
beberapa bulan lepas amat sukar saya mendapatkan pekerjaan baru. mungkin belum ada rezeki masa tu. hari ini sahaja saya mendapat 2 tawaran kerja di kl (confirm dapat) dan satu panggilan interview di pasir gudang.
kedua-dua kerja tersebut adalah dari syarikat yang pernah saya berkhidmat untuk mereka sebagai programmer. buat masa ini, saya sedang melakukan kerja ‘main-main’ di batu pahat. jadi, apakah pilihan saya?


